34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Pan Gon ketua jurulatih baru Selangor FC

    Shopee Sale

    Selangor FC mengumumkan pelantikan Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih baru pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

    Skuad Gergasi Merah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya yakin bekas jurulatih Harimau Malaya itu mampu menggalas tanggungjawab berkenaan dan mengemudi Selangor ke tahap yang lebih tinggi, berbekalkan pengalaman luas serta pencapaian diraih beliau sebelum ini.

    Sementara itu, Selangor FC turut memaklumkan bekas ketua jurulatih interim Christophe Gamel telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal skuad itu yang baru berkuat kuasa hari ini.

    MENARIK:  2 lagi bekas pegawai bank direman bantu siasatan kes pinjaman RM11.3j

    Menurut kenyataan itu, perananan baru Gamel bakal tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda bagi skuad bawah 23 tahun sehingga peringkat akar umbi Selangor FC.

    “Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Pan Gon dan Gamel dalam menjalankan tanggungjawab dan perananan mereka,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah