25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keselamatan, kerahsiaan maklumat Padu terjamin dari kebocoran

    Shopee Sale

    Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, Padu melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.

    “Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian Padu dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat Padu ini akan membantu kerajaan membuat peranancangan program masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter Padu di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di Arau semalam .

    Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan secara kumulatif sebanyak 1,006 kaunter fizikal Padu telah dibuka di Perlis termasuk program bersama komuniti serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 2 Jan lepas hingga semalam.

    “Selain itu, ada juga pembukaan kaunter bergerak di 101 masjid di negeri ini terutamanya pada setiap Jumaat,” katanya yang turut memberitahu pendaftaran Padu di Perlis meningkat kepada 0.08 juta orang setakat kelmarin.

    MENARIK:  Keluarga Wan Faris tuntut pihak berkuasa buka semula siasatan

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah