27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerusi dikosongkan, Adun Nenggiri akan ke mahkamah

    Shopee Sale

    Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim akan membawa kesnya ke mahkamah susulan keputusan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengumumkan  kekosongan kerusi yang disandangnya.

    Katanya, dia tidak terkejut dan sudah menjangkakannya selepas mengetahui terdapat sidang media oleh Speaker DUN Kelantan hari ini.

    "Saya tidak terkejut kerana saya sudah jangka pengumuman seperti hari ini akan berlaku. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

    "Esok saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung keputusan yang dibuat oleh Kelantan," katanya yang dipetik oleh Harian Metro.

    Mohd Azizi  juga mempertikaikan, keputusan yang dibuat oleh Mohd Amar, yang juga adalah bekas menteri besar yang hanya berdasarkan notis pemecatannya sebagai ahli Bersatu.

    "Kita mempersoal beberapa perkara berhubung notis berkenaan iaitu surat yang dihantar oleh Bersatu sebelum ini hanya memaklumkan hilang keahlian.

    MENARIK:  Saya tidak malu dengan gelaran pelawak - Afdlin jawab Rafizi

    "Notis terbabit juga tidak menyentuh soal kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Adun," katanya lagi.

    Mohd Amar Nik Abdullah

    Terdahulu, Kelantan mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong berkuat kuasa hari ini.

    Katanya, ini selaras dengan Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan.

    "Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.

    "Menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis kekosongan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah