28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kemenangan di KKB bukti kerjasama kukuh dalam kerajaan perpaduan – Loke

    Shopee Sale

    Kemenangan Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu membuktikan kerjasama dalam kerajaan perpaduan kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat.

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa.

    Beliau berkata kemenangan itu turut membuktikan kerjasama antara parti dalam gabungan kerajaan perpaduan amat kukuh dan menyerlah sepanjang tempoh berkempen.

    “Kemenangan ini amat meyakinkan kerana kita dapat mengekalkan sokongan (pengundi) di situ serta terdapat pertambahan sokongan pelbagai kaum dan masyarakat.

    “Ini satu kemenangan manis buat Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul malam ini.

    MENARIK:  DAP tak takut berdepan 'penentangan habis-habisan' parti lain

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah