27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki hilang lepas lori terhumban ke laut ditemukan lemas

    Shopee Sale

    Lelaki yang dilaporkan hilang selepas sebuah lori terhumban ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, Klang, tengah hari tadi ditemukan lemas petang ini.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat Mohd Hafiz Abdul Salam, 24, ditemukan kira-kira 5 petang di kedudukan 20 meter dari lokasi kejadian, pada kedalaman 13 meter.

    “Mohd Hafiz bekerja sebagai ‘terminal tractor operator’ sejak 21 Dis 2021.

    "Mayatnya dibawa naik ke daratan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Percanggahan penyertaan MIC buat PN kelihatan terdesak - Penganalisis

    Wan Md Razali berkata saksi kejadian memaklumkan melihat sebuah lori sedang diparkir sebelum ia bergerak dalam keadaan laju lalu melanggar batu penghadang dan jatuh ke dalam laut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah