28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jururawat rugi RM88,700 akibat 'phone scam'

    Shopee Sale

    Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

    Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata pada pertengahan Jun lepas, mangsa telah menerima panggilan daripada individu yang mendakwa akaunnya dalam siasatan polis kerana telah digunakan oleh sindiket dan turut terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

    “Mangsa telah disambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan turut terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram. Untuk menyelesaikan kes, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan.

    “Akibat terlalu takut, mangsa membuat 12 transaksi ke dalam tiga akaun bank yang berbeza berjumlah RM88,700 dan sumber kewangan adalah wang simpanannya. Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di Temerloh,” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

    MENARIK:  Adun tarik balik dakwaan pelajar cemerlang tak dapat matrikulasi

    Dalam pada itu, Noor Hisam turut menasihatkan orang ramai membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

    Beliau berkata masyarakat juga boleh membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima terlebih dahulu di sebelum membuat sebarang transaksi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah