29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azhan Rani Sifatkan Allahyarham Cik Man Seorang Yang Ceria – ‘Dia Pernah Pesan Jangan Cakap Keburukan Orang Lain’

    Shopee Sale

    Pelakon Azhan Rani berkongsi kenangan terakhirnya bersama Allahyarham Kamarool Yusoff, 68, atau lebih dikenali sebagai Cik Man.

    Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Keperibadian Allahyarham Cik Man – ‘Suka Sedekah Pada Anak Yatim & Selalu Bercakap Tentang Kematian’

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Jawab Dakwaan Dilabel ‘Artis Sombong’ – ‘Saya Tak Boleh Layan Orang 24 Jam’

    Projek bersama

    Ketika ditemui , Azhan atau nama penuhnya Azhan Abdul Rani, 50, mengakui terkejut dan cukup terkesan menerima berita pemergian Allahyarham, terutama apabila beberapa projek yang mereka jayakan bersama masih belum sempat menemui penonton.

    Tambah Azhan, terdapat satu lagi projek yang sepatutnya menyaksikan dirinya bergandingan bersama Allahyarham, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

    Saya sedih dan terkejut kerana ada beberapa drama yang kami berlakon bersama masih belum ditayangkan.

    Sepatutnya pada September ini kami akan bergandingan sekali lagi dalam satu filem yang akan menjalani penggambaran di Kelantan.

    Azhan berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengenalan pelakon dan pelancaran poster filem Chelot yang berlangsung di Bungalow 37, sebentar tadi.

    Mengulas lanjut mengenai keadaan Allahyarham, Azhan berkata Cik Man merupakan seorang yang sentiasa kelihatan ceria dan tidak pernah menunjukkan dirinya sedang berdepan sebarang masalah kesihatan.

    Sebenarnya saya baru sahaja berjumpa dengannya ketika penggambaran Bulan Henti Bicara di Terengganu.

    Malam itu kami sempat berjumpa dan berbual. Tapi itulah, pemergiannya mengejutkan sebab dia tak pernah tunjuk tanda-tanda mengalami sakit yang berpanjangan.

    Masa saya berjumpa dengannya tempoh hari, saya sempat bergurau dan berpesan untuk kurangkan merokok sebab dia seorang perokok tegar.

    Cuma saya perasan dia semakin kurus. Tapi itulah cara dia. Dia tak pernah tunjuk dirinya sakit. Dia sentiasa bergurau dan menceriakan suasana di lokasi.

    Selain itu, Azhan turut berkongsi pesanan daripada Cik Man yang paling diingatinya sepanjang bergelar anak seni dalam industri hiburan.

    Arwah pernah berpesan supaya kami yang berada dalam industri ini tidak bercakap mengenai keburukan orang lain.

    Katanya, kita kena jaga diri sendiri kerana apa sahaja keburukan yang kita cakap mengenai orang lain, suatu hari nanti boleh kembali kepada diri kita sendiri.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu, 5 Ogos 2026 jam 5.15 petang ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Kelantan.

    MENARIK:  [VIDEO] Zaquan Adha Kongsi Momen Kelahiran Hingga Detik Akhir Pemergian Arwah Anak – ‘Sakit & Pedih Bila Perasaan Ini Datang’

    Terdahulu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi selepas mengalami masalah saluran jantung tersumbat.

    The post [VIDEO] Azhan Rani Sifatkan Allahyarham Cik Man Seorang Yang Ceria – ‘Dia Pernah Pesan Jangan Cakap Keburukan Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah