33.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Didakwa C*bul Pelanggan Wanita, Pengamal Perubatan Alternatif Berusia 60-an Ditahan

    Shopee Sale

    Pihak polis mengesahkan penahanan seorang pengamal perubatan alternatif yang didakwa telah mencabul pelanggan wanita.

    Artikel Berkaitan: Peniaga Ditahan, Disyaki Cabul 10 Kanak-Kanak Di Melaka

    Disyaki Cabul 

    Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Mohd Nasharudin Mohd Shariff memaklumkan suspek berkenaan telah ditahan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada 27 Julai lalu.

    Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul yang melibatkan seorang pengamal rawatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang.

    Sehingga kini, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes tersebut dan siasatan telah dijalankan dengan merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi serta memperoleh bahan bukti yang berkaitan.

    Nasharudin juga memberitahu bahawa pihaknya iaitu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban bertindak selepas memperoleh maklumat berkenaan suspek berusia 60-an itu.

    MENARIK:  ‘Tentera’ Selebriti Manakah Cukup Gah? Saingan Sengit 10 Fans Club Rebut Trofi ‘Kelab Peminat Paling Viral’

    Dalam pada itu, beliau berkata penahanan seorang lelaki tempatan tersebut adalah bagi membantu siasatan. 

    Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga boleh menjejaskan siasatan.

    Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

    Terdahulu, personaliti media sosial Caprice berkongsi sebuah video memaparkan beberapa orang individu mendakwa telah menjadi mangsa cabul pengamal perubatan alternatif itu semasa mendapatkan rawatan.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Sumber: Sinar Harian 

    The post Didakwa C*bul Pelanggan Wanita, Pengamal Perubatan Alternatif Berusia 60-an Ditahan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah