Pelakon, Elfira Loy memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya, Filzah Yusoff yang dijadualkan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi pada hari ini.
Artikel Berkaitan: Elfira Loy Pujuk Kanak-Kanak Kening Bersambung, Akui Faham Situasi Diejek – ‘Saya Buat Tak Tahu Sampai Jadi Signature’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Lebih Memilih Bermain Pickleball Daripada Berlakon’ – Elfira Loy Tinggalkan ‘Sekejap’ Dunia Seni
Mohon doa
View on Threads
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, mengakui sering melihat pesanan seperti itu dikongsikan oleh orang lain namun kali ini perasaan tersebut dirasainya sendiri.
Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci jenis pembedahan yang dilakukan oleh ibunya.
Dalam hantaran yang sama, Elfira turut berharap agar pembedahan itu berjalan dengan lancar.
Mohon doakan mama saya yang tercinta, Puan Filzah binti Yusoff sedang menjalani prosedur berisiko tinggi sebentar lagi.
Semoga segala urusan beliau dipermudahkan, diberikan kekuatan dan keselamatan sepanjang prosedur, serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya menitipkan doa agar urusan ibu kepada aktres itu dimudahkan.
Sumber: Threads
The post ‘Mohon Doakan Ibu Saya Yang Sedang Menjalani Prosedur Berisiko Tinggi’ – Elfira Loy first appeared on OHBULAN!.





