28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sakau-menyakau’ peruntukan bercanggah laungan PH’

    Shopee Sale

    Pemuda MCA Selangor mendakwa amalan “sakau-menyakau” peruntukan kerajaan bercanggah dengan prinsip reformasi yang pernah dilaungkan PH ketika menjadi pembangkang.

    Ketuanya, Tan Jie Sen, berkata penggunaan peruntukan kerajaan sebagai alat untuk mengawal atau menghukum Ahli Parlimen yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti adalah tidak wajar.

    Tan berkata demikian susulan dakwaan bahawa akses portal MyKhas, iaitu sistem yang digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan, telah disekat terhadap beberapa ahli parlimen PKR.

    "Bukan sahaja Parlimen Petaling Jaya, tetapi Parlimen Ampang dan Subang juga mengalami nasib sama apabila Ahli Parlimen di kawasan tersebut tidak dapat mengakses MyKhas - sistem yang digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.

    "Lebih mengejutkan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut melantik Setiausaha Politiknya sebagai “penyelaras kawasan Ampang” untuk mengendalikan semua isu berkenaan peruntukan kerajaan,” katanya.

    Tan berkata dia juga difahamkan bahawa di kawasan Petaling Jaya, tanggungjawab untuk mengurus peruntukan telah diserahkan kepada Ketua Bahagian PKR tersebut.

    "Ini amat mengejutkan kerana perkara ini sepatutnya dikendalikan oleh wakil rakyat di kawasan masing-masing.

    "Adakah setiap kawasan Parlimen akan mempunyai penyelaras lantikan Perdana Menteri?"soalnya.

    MENARIK:  Jualan Semarak20: Zahid arah pengerusi, CEO Felcra beri penjelasan pada PAC

    Tan berkata jelas dilihat bahawa masalah dalaman PKR menjejaskan kepentingan dan kebajikan penduduk di sesuatu kawasan.

    "Penyalahgunaan peruntukan kerajaan sebagai 'senjata' menghukum ahli-ahli Parlimen yang tidak sehaluan adalah tidak betul.

    “Persoalan berhubung amalan sakau-menyakau juga menjadi kebimbangan masyarakat kerana ia dilihat jauh menyimpang daripada laungan PH ketika bergelar pembangkang suatu masa dahulu,” katanya.

    Justeru Tan menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan dan mengembalikan akses portal MyKhas serta kuasa untuk menguruskan peruntukan kepada ahli parlimen terbabit.

    "Peruntukan kerajaan ini adalah hak rakyat dan tidak wajar digunakan untuk memenuhi agenda dendam peribadi mana-mana parti politik atau individu,” katanya.

    Terdahulu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail merupakan tiga individu yang kehilangan akses kepada portal MyKhas mereka.

    Lee dan Wong sebelum ini mendakwa langkah itu mungkin mempunyai kaitan dengan kecenderungan politik mereka bersama bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, yang kini memimpin Bersama di samping bekas naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Rodziah turut dilihat sebagai sekutu Rafizi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah