29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sebagai Penyanyi, Kita Perlu Sentiasa Berkembang’ – Yusry

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim menyifatkan penglibatannya dalam platform pembangunan artis, Launchpad sebagai inisiatif positif dalam mendekati peminat generasi baharu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yusry Sangat Komited Pada Kerja, Tapi Dia Tetap Nak Peluk Cium Anak-Anak’ – Lisa Surihani

    Artikel Berkaitan: Yusry Tak Sangka Watak ‘Datuk Muzaffar’ Jadi Fenomena – ‘Ramai Pula Yang Suka Orang Tua’

    Muzik menyatukan

    Ketika ditemui , Yusry, 53, mengakui pernah mempersoalkan penglibatannya dalam platform persembahan Launchpad.

    Bagaimanapun, penyanyi berusia 53 tahun itu percaya inisiatif tersebut mampu menjadi ruang untuk dirinya terus mengembangkan kerjaya ke peringkat yang lebih luas.

    Pada mulanya saya juga tertanya-tanya, sesuai ke saya? Tapi saya lihat dari sudut positif. Selalunya peminat artis baharu terdiri daripada golongan muda dan pada usia itulah seseorang paling aktif menjadi pendengar muzik.

    Sebagai penyanyi, kita perlu sentiasa berkembang. Kalau kita hanya bergantung kepada peminat sedia ada, memang mereka setia. Tetapi apabila mereka semakin berusia, siapa pula yang akan menggantikan mereka?

    Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media LAUNCHPAD yang berlangsung di PJ Performing Arts Centre, One Utama, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Terima Komen Berbaur Fitnah – ‘Ada Yang Tuduh Saya Bermaksiat, Itu Melampau’

    Mengulas lanjut mengenai platform Launchpad, pelantun lagu Dekat Padamu itu menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai peluang untuk memperluaskan pasaran muzik ke peringkat serantau selain berkongsi pentas bersama bakat-bakat baharu dari pelbagai negara.

    Pada saya, apa yang menarik mengenai Launchpad ialah dua lagi kumpulan KIIRAS (Korea Selatan) dan UPRIZE (Vietnam) adalah bakat yang sedang membina nama.

    Ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk kita berkongsi muzik di seluruh rantau ini.

    The post ‘Sebagai Penyanyi, Kita Perlu Sentiasa Berkembang’ – Yusry first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah