29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Presiden Iran akui sukar hubungi Mojtaba saat krisis memuncak

    Shopee Sale

    Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, pada Rabu berkata hubungan dengan pemimpin tertinggi negara itu, Mojtaba Khamenei, "sangat sukar ketika ini".

    Khamenei, yang cedera dalam serangan AS-Israel yang mencetuskan peranang Asia Barat Tengah, tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak menggantikan bapanya yang terkorban dalam serangan sama.

    Masoud Pezeshkian

    "Sangat sukar untuk berhubung dengan dia ketika ini, namun apa pun, kehadirannya menjadi sumber kekuatan yang sangat besar bagi kami untuk terus bertahan," kata Pezeshkian yang dipetik oleh AFP.

    Anak Ali Khamenei itu dilaporkan berhubung melalui kenyataan bertulis, namun sikap mendiamkan diri ketika Iran berdepan konflik dengan AS mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan pegawai tinggi yang lain.

    MENARIK:  Peguam dakwa JPN 'liat' nak bagi borang IC

    Dia antaranya tidak hadir pada upacara pengebumian bapanya bulan lalu.

    Bagaimanapun, Pezeshkian mempertahankan pemimpin itu dengan menegaskan bahawa dia berjaya mengadakan pertemuan yang produktif dengan Khamenei dan disambut dengan "kebijaksanaan serta logik yang sangat kukuh"."

    “Malangnya, situasi semasa memberi ruang kepada sesetengah pihak yang berniat jahat untuk menggambarkannya secara berbeza dan menampilkan imej yang tidak tepat mengenai dia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah