Pelakon dan usahawan Syida Melvin mengakui keputusan untuk melalui fasa perceraian bukan sesuatu yang mudah, namun dia bersyukur kerana memiliki sistem sokongan yang kuat daripada keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Lima Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya & Anak-Anak Terpaksa Pulang Ke Kampung’ – Syida Melvin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Dalam Keadaan Tidak Suci, Lafaz Cerai Ditangguh Pada 12 Ogos – ‘Defendan Sudah Bersetuju’
Syida Melvin syukur keluarga faham, beri semangat

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, berkata, sokongan daripada adik-beradik serta ibu bapa banyak membantunya untuk terus kuat, terutama dalam membesarkan tiga orang anak.
Alhamdulillah sebab sebenarnya bukan senang untuk buat keputusan itu.
Tak semua orang ada kekuatan untuk ambil langkah memfailkan penceraian ataupun menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak. Tapi saya ada sistem sokongan yang kuat.
Syida berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.
Ditanya mengenai sumber kekuatannya, Syida yang tidak dapat menahan sebak mengakui terharu kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa memahami serta menjadi tulang belakang buatnya.
Saya bukan menangis sebab sedih, tapi terharu sebab ada adik-beradik, ada mak ayah yang faham.
Ramai orang DM saya dan cakap mereka pun berada dalam situasi yang sama seperti saya. Tapi mereka kata mereka tidak ada support system yang kuat macam saya.
Ada yang bertanya macam mana saya boleh dapat kekuatan untuk bercerai dan hadapi perkara-perkara macam ini. Kalau saya berada di tempat mereka, memang bukan senang untuk buat keputusan.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini memberitahu bahawa adik-beradiknya merupakan individu pertama yang mengetahui mengenai masalah rumah tangganya sebelum dia berkongsi perkara tersebut dengan ibu bapanya.
Adik-beradik dulu, baru mak ayah. Sebab adik-beradik dah macam kawan saya juga. Kawan memang ada, tapi bukan yang rapat sampai boleh kongsi setiap perkara yang berlaku setiap hari.
Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan proses lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.
Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.
Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
The post [VIDEO] ‘Bukan Menangis Sebab Sedih, Tapi Terharu’ – Syida Melvin Hargai Sokongan Keluarga, Sentiasa Jadi ‘Tulang Belakang’ first appeared on OHBULAN!.





