29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pempengaruh popular ditembak mati ketika bersiaran langsung

    Shopee Sale

    GLOBAL | Seorang pempengaruh popular Mexico maut ditembak ketika sedang membuat siaran langsung di sebuah jalan di negeri Sinaloa yang dilanda keganasan, kata pihak berkuasa pada Rabu.

    Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan pegawai keselamatan Mexico sebagai berkata beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara sengaja ke arah Cesar Gastelum di bandar Culiacan.

    Presiden Claudia Sheinbaum berkata siasatan sedang dijalankan bagi menahan pihak yang bertanggungjawab serta mengenal pasti motif kejadian.

    Gastelum mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok dan turut memuat naik kandungan di Kick serta platform lain, terutamanya kandungan berunsur humor mengenai kehidupan harian dan makanan di Sinaloa.

    Ketika kejadian, dia berada di luar sebuah restoran makanan segera bersama dua lelaki lain yang berpakaian seperti penghantar makanan sebelum dua lelaki menaiki motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan ke arahnya.

    Kabinet Keselamatan Mexico memaklumkan penyiasat turut melihat aspek jika pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan kandungan yang dikongsikan Gastelum.

    MENARIK:  Kamera teleskopik diguna dalam operasi SAR malam ini

    Kabinet berkata, dalam beberapa hantarannya, Gastelum didakwa merujuk kepada "satu puak dalam organisasi jenayah" namun tiada butiran lanjut diberikan.

    Sinaloa, yang terletak di barat laut Mexico, merupakan negeri asal beberapa ketua kartel dadah paling berpengaruh di negara itu.

    Dua puak yang bersaing dalam kartel Sinaloa kini terlibat dalam konflik berdarah di negeri berkenaan.

    Menurut laporan media, sekurang-kurangnya sembilan pempengaruh telah dibunuh di negeri itu sejak 2024.

    Pada Mei 2025, Valeria Marquez, 23, ditembak mati ketika bersiaran langsung di TikTok dari salun kecantikannya di negeri Jalisco di barat Mexico. Pihak berkuasa sedang menyiasat kes itu sebagai pembunuhan wanita berasaskan gender.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah