28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan harap ihsan PAS, BN perlu bina kekuatan sendiri – Mohamad

    Shopee Sale

    Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 tidak akan menjejaskan kestabilan Kerajaan Persekutuan berikutan perubahan landskap dan dinamika politik tanah air kini, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan.

    Dia berkata mandat pentadbiran di peringkat pusat dan negeri mempunyai acuan berbeza, malah model politik semasa di beberapa negeri lain membuktikan keunikan tersebut dapat diamalkan tanpa menimbulkan sebarang isu.

    "Banyak negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu tiada masalah. Di Sabah lagi unik, parti yang menjadi pembangkang tapi bersama Kerajaan Perpaduan di pusat. Jadi dinamika politik Malaysia berubah, kita jangan terikat dengan pemikiran lama," katanya.

    Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni pengundi yang bersarapan di warung di Jalan Sungai Abong di Muar bersama calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Azman Ismail dan calon BN DUN Bukit Naning Mohd Ghazali Sabari @ Atan.

    Mengulas aspek sosioekonomi, Mohamad berkata kestabilan politik di bawah BN amat kritikal bagi memastikan Johor terus memacu kemasukan pelaburan asing yang kini mendahului negeri-negeri lain.

    Dia berkata lonjakan prestasi ekonomi tersebut bakal diterjemahkan dalam bentuk peningkatan hasil negeri yang akhirnya akan dipulangkan semula bagi memakmurkan rakyat.

    MENARIK:  Pelabur pilih Malaysia kerana kestabilan ekonomi, dasar reformasi - PM

    "Johor merupakan negeri yang terkehadapan daripada segi penerimaan pelabur-pelabur daripada luar negara, ini satu perkara yang amat baik, lagi dua tiga tahun akan diterjemahkan dalam bentuk hasil negeri.

    "Hasil negeri ini kita dah tengok prestasi MB (Menteri Besar) dia bagi kepada rakyat Johor. Jadi orang Johor janganlah buat silap, terus sokong Barisan Nasional terus mentadbir Johor dan sama-sama kita menikmati hasil daripada sokongan kita itu nanti," katanya.

    Mengenai kenyataan PAS baru-baru ini yang membayangkan sokongan undi kepada calon BN di kawasan tertentu, Mohamad mengingatkan jentera parti agar tidak terlalu selesa dan berharap kepada belas ihsan pihak luar.

    "Kita mesti terus bekerja kuat. Dalam hidup ini kita jangan mengharapkan belas ihsan orang. Kita bina kekuatan kita supaya kuat atas kekuatan sendiri, jangan mengharapkan guruh di langit, tapi nanti tempayan kita pecahkan tidak berguna," katanya.

    PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah