Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk tidak mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan tunang, Bella Astillah ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Keputusan Rayuan Sudah Ada, Namun Belum Sedia Diumumkan’ – Peguam Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: Keputusan Rayuan Syed Saddiq Tangguh 13 Julai Depan
Fokus prosiding mahkamah

Menurut Syed Saddiq, 34, dia mahu menghormati institusi kehakiman dan enggan mencampuradukkan urusan peribadi dengan prosiding mahkamah yang sedang dihadapinya.
Saya minta maaf. Saya di sini untuk membicarakan soal perbicaraan di institusi kehakiman. Saya hormati keputusan mahkamah.
Sebelum ini, Syed Saddiq pernah memaklumkan bahawa persoalan mengenai perkahwinannya boleh diajukan semula pada 30 Jun.
Bagaimanapun, keputusan rayuan yang dijadualkan diumumkan pada Selasa terpaksa ditangguhkan ke 13 Julai selepas salah seorang daripada tiga panel hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bercuti sakit selama dua hari.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan dijangka akan melangsungkan pernikahan sebelum hujung tahun ini.
The post Syed Saddiq Letak Tepi Seketika Soal Kahwin, Fokus Keputusan Rayuan Mahkamah first appeared on OHBULAN!.





