Seorang warga emas berusia 73 tahun berdepan dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan sekolah rendah di sebuah masjid di Semabok, pertengahan Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Dalam Dinding Rumah, Anak Dipanggil Bantu Siasatan
Artikel Berkaitan: Pakar Diet Maut Dic*kik Suami, Mayat Disumbat Dalam Kotak Kayu & Disimen Di Rumah
Cabul

Memetik Berita Harian, tertuduh, Aziz Mohammad @ Teh Eng Guan, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun di dalam bilik stor Masjid Al-Abrar, Semabok, kira-kira jam 1.05 tengah hari pada 15 Jun.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rif’ah ‘Izzati Abdul Mutalif, manakala tertuduh diwakili peguam SS Amritpal Singh.
Untuk pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tempat yang sama, pada 22 Jun lalu.
Pada perbicaraan itu, warga emas tersebut mengaku tidak bersalah sebelum pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM25,000 bagi setiap pertuduhan.
Pihak pendakwaan turut meletakkan syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu atau mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Pun begitu, peguamnya memohon mahkamah mengenakan jaminan pada kadar paling rendah dengan mengambil kira keadaan kesihatan tertuduh yang menghidap diabetes kronik.
Peguam turut memaklumkan tertuduh masih menyara anak bongsunya yang merupakan pesakit autisme serta tidak mempunyai kecenderungan untuk melarikan diri.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 29 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen.
Terdahulu, media melaporkan seorang warga emas didakwa memperdaya dua murid perempuan sekolah rendah dengan menawarkan RM5 dan mi segera sebelum bertindak mencabul mereka.
Kes itu terbongkar apabila kedua-dua mangsa menceritakan kejadian yang dialami kepada guru kaunseling sekolah.
Sumber: Berita Harian
The post Warga Emas 73 Tahun Dituduh Cab*l Dua Murid Sekolah Rendah Di Stor Masjid first appeared on OHBULAN!.





