28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN perluas Jualan Rahmah ke platform e-dagang

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas pelaksanaan Jualan Rahmah ke platform e-dagang melalui Jualan Ihsan Rahmah secara dalam talian dengan kerjasama TikTok Shop.

    Menterinya Armizan Mohd Ali berkata inisiatif itu menjadikan TikTok Shop sebagai platform e-dagang pertama yang bekerjasama dengan KPDN bagi memperluas konsep Jualan Rahmah secara dalam talian.

    Pelaksanaan itu, katanya, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

    Menerusi pelaksanaan itu, tambah Armizan, pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan terpilih melibatkan 75 unit penyimpanan stok (SKU) pada harga diskaun daripada peruncit terpilih, iaitu HeroMarket dan KedaiFGV.

    “Pernah juga terfikir ada yang mencadangkan kenapa tidak kita buat Jualan Rahmah secara dalam talian, tetapi apabila kerajaan ingin melaksanakan sesuatu perkara, kita perlu fikir semua aspek berdasarkan sumber yang ada.

    “Syukur, apabila kerajaan belum melaksanakan program Jualan Rahmah secara dalam talian, TikTok merintis usaha untuk melaksanakan Jualan Ihsan Rahmah ini secara dalam talian,” katanya ketika merasmikan Pesta JomLokal 2026: Lokal Jaga Lokal dan pelancaran Jualan Ihsan Rahmah di Ampang hari ini.

    MENARIK:  TUDM terbangkan 40 warga Palestin yang cedera dari Mesir ke M'sia untuk rawatan

    Turut hadir Pengarah Kanan Perkongsian Strategi TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz.

    Armizan berkata TikTok Shop menyalurkan RM180 juta bagi melaksanakan tiga inisiatif utama menerusi Jualan Ihsan Rahmah, termasuk pemberian baucar ihsan dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan terpilih.

    Tambah Ahli Parlimen Papar itu lagi, kerjasama tersebut turut melibatkan pelaksanaan kadar komisen sifar peratus bagi 56 subkategori barangan, pengurangan yuran platform bagi 39 subkategori lain serta rebat penghantaran RM2 bagi setiap pesanan layak di seluruh negara bagi mengurangkan kos operasi penjual dan kos pembelian dalam talian yang ditanggung pengguna.

    “Program ini membawa tiga agenda utama, iaitu memartabatkan produk tempatan, membantu menguruskan isu kos sara hidup dan membantu usahawan meningkatkan pendapatan,” katanya.

    Dia menyatakan program berkenaan turut sejajar dengan kempen Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) yang dilancarkan pada 27 Jun lalu dengan memberi penekanan kepada pendekatan keseluruhan negara dalam menyokong produk tempatan merangkumi barangan, perkhidmatan serta usaha mempromosikan usahawan tempatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah