31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelabur pilih Malaysia kerana kestabilan ekonomi, dasar reformasi – PM

    Shopee Sale

    Keyakinan pelabur global terhadap Malaysia berada pada tahap yang kukuh hasil daripada komitmen kerajaan terhadap pembaharuan dasar dan kestabilan ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dunia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Katanya, meskipun konflik di Timur Tengah menjejaskan pasaran global dan harga tenaga, Malaysia terus menarik aliran masuk modal yang signifikan, termasuk pembelian bon bernilai lebih AS$2 bilion oleh dana global dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    "Mereka lihat kerajaan mengotakan apa yang dijanjikan. Mereka lihat ekonomi yang mampu bertahan ketika keadaan di sekelilingnya merosot.

    "Dan mereka melihat sesuatu yang kita sendiri sebagai rakyat Malaysia jarang katakan: bahawa negara ini menghasilkan barangan yang dunia benar-benar bergantung padanya,” katanya.

    Anwar berkata demikian merasmikan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Malaysia beri amaran Islamofobia digunakan untuk tindas umat Islam

    Mengulas mengenai dasar luar, Anwar menegaskan Malaysia kekal dengan dasar tidak memihak yang aktif, membolehkan pembekal tempatan menjalin hubungan dengan semua rakan kongsi utama tanpa komplikasi politik yang sering dialami di negara lain.

    Dia memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan perlindungan harta intelek dan penguatkuasaan kawalan perdagangan strategik yang ketat bagi menyokong ekosistem industri pertahanan dan teknologi.

    DSA dan Natsec 2026 merupakan pameran pertahanan dan keselamatan dwitahunan yang menghimpunkan pemain industri utama dari seluruh dunia untuk membincangkan teknologi terkini termasuk sistem autonomi dan kecerdasan buatan (AI).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah