29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Hadir Beri Sokongan Kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Yakin Adik Akan Bebas

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 7.55 pagi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang bakal mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Berjuang Sehabis Baik & Pertahankan Kebenaran Dengan Segala Kudrat’ – Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Doakan Kebenaran, Keadilan & Ketenangan Sentiasa Bersama Syed Saddiq’ – Bella Astillah

    Hadir tanda sokong

    Bella yang hadir mengenakan baju kurung berona kuning ditemani ahli keluarganya hanya sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media dan memberikan ucapan ringkas “doakan”.

    Tidak lama kemudian, abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, turut tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.12 pagi dengan mengenakan kemeja biru dan bersongkok.

    Ketika ditanya mengenai harapannya terhadap keputusan yang bakal diumumkan, Syed Abdullah yakin adiknya akan memperoleh keputusan yang memihak kepadanya.

    Saddiq akan bebas.

    Difahamkan, ibu bapa mereka, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, hadir lebih awal iaitu sekitar jam 7 pagi bagi mengikuti prosiding berkenaan.

    MENARIK:  Peguam Asiah Perjelas Tiada Fitnah Dalam Parodi Imran Bard, Pertikai Tindakan Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Minta Maaf – ‘Dia Bukan Kanak-Kanak’

    Keputusan yang dijadual diumumkan pada jam 9 pagi itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

    Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

    Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut pada jam 9 pagi.

    The post Bella Astillah Hadir Beri Sokongan Kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Yakin Adik Akan Bebas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah