Rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan diputuskan kepada 13 Julai depan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Terus Berdoa, Allah Menentukan’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Hadir Beri Sokongan Kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Yakin Adik Akan Bebas
Kes rayuan tangguh pada Julai

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 8.49 pagi bagi mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.
Segak mengenakan suit berwarna kelabu gelap, Syed Saddiq berkata dia akan terus berdoa agar keputusan terbaik berpihak kepadanya selain percaya ketentuan yang diatur Tuhan.
Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz serta beberapa ahli keluarga lain sebelum masuk ke kamar mahkamah.
Keputusan hari ini sepatutnya akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang akan menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut.
Berita lanjut menyusul…
The post Keputusan Rayuan Syed Saddiq Tangguh 13 Julai Depan first appeared on OHBULAN!.





