30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu bateri: Ada salah faham komunikasi dalaman, kata Perodua

    Shopee Sale

    Perodua berkata terdapat salah “faham komunikasi di peringkat dalaman” berkaitan syarat sewaan bateri untuk kereta elektrik pertama syarikat itu QV-E.

    Merujuk kepada dokumen terma dan syarat perkhidmatan itu, presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua Zainal Abidin Ahmad berkata salah faham itu berlaku khususnya pada klausa patuh syariah.

    “Kami tidak berniat untuk mengenakan syarat patuh syariah kepada pelanggan semasa menggunakan kenderaan kami,” katanya.

    Dalam kenyataan pendek itu, Perodua tidak menghuraikan lanjut perkara itu sebaliknya melampirkan “syarat yang betul” untuk rujukan anda semua.

    MENARIK:  Fahmi: Jangan seksis, Pang bukan proksi Nga

    Dalam plan sewaan bateri itu, pembeli perlu membayar pajakan sembilan tahun dengan sewa bulanan RM275 tidak termasuk cukai juallan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus.

    Mengguna pakai konsep patuh syariah operating ijarah, Perodua mesti menjamin tahap kesihatan bateri pada tahap 70 peratus atau mereka akan menggantikannya tanpa kos tambahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah