29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu air UMS: Pelajar kritik k’jaan Sabah, Premier Sarawak turun padang

    Shopee Sale

    Kerajaan negeri Sabah terus menerima kecaman susulan kegagalannya menangani krisis bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang kini memerlukan campur tangan dari luar negeri — termasuk daripada Premier Sarawak, Abang Johari Openg.

    Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Abang Johari memaklumkan bahawa dia akan membawa isu itu ke perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Zambry Abdul Kadir, meskipun perkara berkenaan bukan di bawah bidang kuasa langsung beliau.

    Datu Rosman Datu Ahir Zaman

    “Ini jelas menunjukkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab seorang pemimpin yang sentiasa membela rakyat Sarawak, walau di mana mereka berada,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman.

    Menurut Rosman, situasi ini merupakan "tamparan besar" terhadap kredibiliti kerajaan negeri Sabah, yang disifatkannya lemah dalam tadbir urus dan gagal mengutamakan keperluan asas rakyat.

    Surat terbuka mahasiswa jadi titik pencetus

    Kritikan itu hadir susulan pendedahan seorang mahasiswa, Greg Marthius Anak Gawing - wakil Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 - menulis surat terbuka kepada Abang Johari, meluahkan kekecewaannya terhadap pengurusan sistem air di kampus UMS.

    Gambar Hiasan - Masalah air di UMS

    Sebagai anak jati Borneo, Greg menzahirkan harapannya agar pemimpin negeri-negeri di Malaysia Timur tidak memandang ringan soal kebajikan pelajar, khususnya berkaitan kemudahan asas.

    MENARIK:  Bekas bos SPRM persoal tatacara agensi itu dalam kes Pamela Ling

    Abang Johari dalam maklum balasnya berkata, dia mengambil serius perkara tersebut dan berjanji akan menyuarakannya kepada kementerian berkaitan.

    “Sabah Maju Jaya” hanya Slogan?

    Mengulas lanjut, Rosman menuduh pentadbiran kerajaan negeri - yang diketuai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - gagal menyelesaikan isu asas seperti air bersih, meskipun giat mempromosikan kejayaan menarik pelaburan bernilai berbilion ringgit.

    “Mahasiswa dari seluruh negara, termasuk anak-anak Sarawak, terpaksa menanggung beban akibat masalah bekalan air.

    “Fokus mereka seharusnya tertumpu kepada pembelajaran dalam suasana yang kondusif,” katanya.

    Dia turut menyelar apa yang dilihat sebagai keghairahan kerajaan negeri mempromosi pelaburan tanpa meneliti keperluan asas rakyat.

    “Kerajaan negeri Sabah pimpinan Hajiji Noor dilihat gagal membela kebajikan rakyat Sabah. Slogan ‘Sabah Maju Jaya’ kelihatan tidak lebih daripada sekadar retorik,” katanya.

    Rosman menegaskan isu bekalan air perlu diselesaikan secara tuntas dan menyeluruh, agar mahasiswa dan rakyat tidak terus menjadi mangsa kelemahan pentadbiran negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah