29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rundingan terus beri BUCG kelebihan sebelum tender, dedah saksi

    Shopee Sale

    Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa terdapat perbincangan antara syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung projek pembinaan tiga jalan utama serta terowong dasar laut di negeri itu tanpa melibatkan petender lain.

    Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli berkata keadaan itu memberi kelebihan kepada BUCG untuk memperoleh projek berkenaan menerusi rundingan terus sebelum kaedah pelaksanaannya ditukar kepada tender terbuka.

    “Berdasarkan siasatan saya, syarikat BUCG mengemukakan tawaran harga yang lebih rendah selain mempunyai kelebihan dari segi teknikal, sekali gus membolehkannya memenangi tender projek berkenaan,” katanya yang merupakan pegawai penyiasat kes rasuah projek berkenaan.

    Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Haijan Omar pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

    Sementara itu, Zulhilmi tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa mesyuarat antara BUCG dengan Kerajaan Pulau Pinang membabitkan projek tersebut yang diadakan pada 10 dan 19 Mei serta 11 Julai 2011 tidak diatur secara khusus oleh Lim.

    Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan Haijan bahawa tiga mesyuarat berkenaan hanya dihadiri oleh wakil BUCG, pegawai-pegawai kerajaan negeri serta ex officio kerajaan negeri dan tidak dihadiri oleh Lim.

    MENARIK:  Laporan media asing berkenaan potongan subsidi bahan api tak beretika - PM

    Lim, 65, didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta.

    Ia dilakukan dengan membantu syarikat milik bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 hingga Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Bagi pertuduhan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

    Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah