Perkongsian pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengenai perhubungan bersama menantunya sering kali menyorot perhatian ramai di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Masa Nak Pinjam Duit Bukan Main Sedih, Lepas Transfer Sepatah Terima Kasih Pun Tak Ada’ – Sheila Rusly
Artikel Berkaitan: Layan Menantu Dengan Penuh Kasih Sayang, Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita
Sheila dan menantu
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Sheila, 54, memuat naik foto kedua-dua menantu iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Chitra yang sedang berada di kamarnya.
Menurut Sheila, mereka berdua sering meluangkan masa bersama di dalam biliknya setiap kali berada di rumah.
Mentu to mentua.
Anak menantu kalau balik rumah suka lepak bilik mereka je ke? Anak menantu saya suka lepak bilik saya.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Elisya dan Beatrice sebagai menantu yang bertuah kerana dikurniakan mentua yang penyayang.
Dalam masa yang sama, mereka juga berharap dan berdoa agar dipertemukan dengan mentua yang baik seperti Sheila.
Sumber: Threads
The post Elisya & Beatrice Selalu Lepak Dalam Bilik Sheila Rusly, Netizen Suka Tengok ‘Bonding’ Mentua & Menantu first appeared on OHBULAN!.





