29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Video Pemandu e -Hailing Cakap Seorang Diri, Netizen Dakwa Ada ‘Khadam’ Di Sebelah

    Shopee Sale

    Tular di TikTok satu rakaman video yang mengundang rasa seram dalam kalangan netizen apabila memaparkan seorang pemandu e-hailing dipercayai sedang bercakap seorang diri ketika menghantar penumpang ke destinasi.

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam

    Bercakap sendiri

    Menerusi video tersebut, pemandu berkenaan dilihat seolah-olah berbual dengan seseorang sepanjang perjalanan. Namun, butir percakapannya tidak dapat didengari dengan jelas, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan.

    Apa yang lebih meremangkan bulu roma, pemandu itu tidak kelihatan sedang menggunakan telefon bimbit atau sebarang peranti komunikasi ketika bercakap.

    Keadaan menjadi semakin mencurigakan apabila penumpang yang berada di tempat duduk belakang memberanikan diri menegur dan bertanya kepada pemandu itu.

    Bagaimanapun, jawapan yang diterima hanya menambahkan lagi misteri, membuatkan ramai penonton tertanya-tanya sama ada benar terdapat “seseorang” lain yang turut berada di dalam kenderaan tersebut.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa tidak senang duduk dan seram melihat situasi berkenaan.

    Malah, ada yang membuat spekulasi bahawa pemandu tersebut sebenarnya sedang berbual dengan satu entiti ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, seolah-olah ada ‘penumpang’ lain yang turut menemaninya sepanjang perjalanan itu.

    Ketika pelbagai teori menyeramkan mula berlegar di media sosial, misteri tersebut akhirnya terungkai apabila video berkenaan sebenarnya merupakan sebahagian daripada kempen promosi kreatif untuk filem seram terbaharu berjudul Khadam, yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 11 Jun ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Giliran Marsha Milan Banggakan Malaysia! Vokal Power Bergema Di Bumi Shanghai

    Filem Khadam mengisahkan Melor, seorang wanita yang terpaksa menerima hakikat pahit selepas kematian ibunya apabila dia mewarisi saka keluarga yang disimpan turun-temurun.

    Namun saka itu bukan sekadar entiti biasa. Ia menjelma sebagai versi Melor yang jauh lebih sempurna, lebih penyayang, lebih cekap dan lebih ideal sebagai seorang isteri serta ibu.

    Pada mulanya kehadiran entiti tersebut kelihatan membantu, namun keadaan bertukar ngeri apabila saka itu mula mengambil alih kehidupannya sedikit demi sedikit.

    Ketika orang di sekeliling semakin sukar membezakan antara Melor yang sebenar dan ‘dirinya’ yang dicipta oleh saka, wanita itu terpaksa berlumba dengan masa untuk merampas kembali identiti serta keluarganya sebelum dirinya lenyap ditelan sepenuhnya oleh kuasa gelap tersebut.

    Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, khadam atau lebih dikenali sebagai saka merujuk kepada entiti ghaib atau jin yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Ia perlu diperturunkan kepada waris sebelum kematian tuannya.

    Apabila saka mula mendiami tubuh manusia, ia dikatakan mampu menyesuaikan diri dengan perumahnya dengan memenuhi kelemahan, keinginan dan kekurangan yang ada pada individu tersebut, menjadikannya semakin sukar untuk dipisahkan.

    Filem arahan Shamyl Othman ini dibarisi pelakon hebat seperti Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Zarra Zahrif, Kar’l El dan Jun Lojong.

    The post Tular Video Pemandu e -Hailing Cakap Seorang Diri, Netizen Dakwa Ada ‘Khadam’ Di Sebelah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah