Penyanyi Faizal Tahir mengakui tidak mahu membebankan mana-mana rakan artis untuk menjayakan persembahan duet dalam konsert berskala besarnya yang dijadual berlangsung pada Oktober depan.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Mengaku Artis, Perkenal Diri Sebagai Ahmad’ – Individu Dedah Faizal Tahir Tak Pernah Merungut Sertai Misi Bantuan
Artikel Berkaitan: Alif Satar & Faizal Tahir Anjur Program ‘Qiyam Macam Jumaat’, Suntik Kesedaran Tentang Isu Di G*za
Duet dengan Siti?

Ketika ditemui , Faizal atau nama penuhnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 47, tidak menolak kemungkinan untuk bergandingan dengan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut.
Menurut Faizal, dia mengutamakan kerjasama yang berjalan lancar dan mahu rakan duetnya tampil dengan rela hati serta bersedia untuk berkongsi pentas pada malam istimewa itu.
Saya nak perkara yang memudahkan semua orang dan orang pun senang untuk buat.
Kalau saya rasa susah untuk dapatkan Siti Nurhaliza dan dia pun buat secara terpaksa, jadi saya tak mahu.
Saya rasa di usia sekarang, banyak lagi perkara lain nak fikir dan yang penting untuk mempermudahkan urusan semua orang.
Kalau susah, tak payah. Itu saja. Kita boleh teruskan dengan perkara lain.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat yang berlangsung di The Campus, Ampang, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kos besar

Mengulas lanjut, pelantun lagu Gemuruh itu mengakui usaha membawa nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan sememangnya memerlukan peruntukan yang tinggi.
Jelasnya, sesuatu yang berkualiti perlu disertakan dengan pelaburan yang setimpal bagi memastikan hasil terbaik dapat diberikan kepada penonton.
Insya-Allah kalau saya mampu bayar Siti, itu realiti. Nak panggil orang besar, bajet pun kena besar.
Perkara itu basic. Kalau nak sesuatu yang terbaik, kena beri bayaran yang berbaloi.
Kita pun tahu dalam apa sahaja keadaan, kalau kita nak tenaga pengajar yang bagus, kita kena bayar dengan bayaran yang sewajarnya untuk orang tersebut.
Dalam perkembangan lain, Konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat dijadual berlangsung pada 3 Oktober depan di Unifi Arena.
Tiket konsert berkenaan akan mula dijual menerusi pra-jualan pada 9 Jun, manakala jualan umum dibuka sehari kemudian iaitu pada 10 Jun.
The post ‘Nak Panggil Orang Besar, Bajet Pun Kena Besar’ – Faizal Tahir Terbuka Duet Dengan Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.





