29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong mahu pembangunan KL utamakan kebajikan rakyat

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan dan nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.

    Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap peranancangan dan pelaksanaan dasar memberikan manfaat menyeluruh kepada masyarakat.

    Perkara itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong ketika berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh di Istana Negara, hari ini.

    MENARIK:  53 lagi negara diberi kemudahan autogate di pintu masuk negara

    “Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan peranancangan bandar,” menurut hantaran itu.

    Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah