29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasport 10 tahun RM350 mulai tahun ini, denda hilang atau rosak kini naik

    Shopee Sale

    Kerajaan secara rasmi telah mewartakan pelaksanaan pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350, yang dijadualkan bermula tahun ini.

    Portal Berita Harian memetik Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban sebagai mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan rasmi bagi kemudahan baharu ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Langkah itu berkenaan terkandung di dalam Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan, hari ini. Sebelum ini, tempoh sah laku maksimum bagi pasport Malaysia hanyalah selama lima tahun.

    Berdasarkan warta yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas diberikan diskaun 50 peratus dengan kadar bayaran RM175 sahaja.

    Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 layak memperoleh pasport 10 tahun ini secara percuma.

    Denda hilang, rosak naik mendadak

    MENARIK:  Tujuh banduan wanita M’sia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

    Di sebalik khabar gembira itu, warta baharu ini turut memperlihatkan peningkatan ketara bagi kadar denda atau bayaran gantian melibatkan kes pasport rosak atau hilang akibat kecuaian.

    Bagi warganegara berumur 13 hingga 59 tahun, struktur penalti baharu adalah seperti berikut:

    • Gantian Kali Pertama: RM550 (Naik berbanding RM400 sebelum ini)

    • Gantian Kali Kedua: RM850

    • Gantian Seterusnya: RM1,350

    Bagi golongan warga emas (60 tahun ke atas) yang kehilangan atau merosakkan dokumen berkenaan, mereka akan dikenakan caj RM375 untuk kali pertama, RM675 untuk kali kedua, dan RM1,175 bagi kesalahan berikutnya.

    Sementara itu, golongan OKU dewasa serta pegawai Imigresen yang berdepan situasi sama tidak lagi dikecualikan daripada penalti. Mereka bakal dikenakan caj RM200 bagi gantian pertama, RM500 untuk kali kedua, dan RM1,000 untuk kes seterusnya.

    Sebagai rekod, kadar bayaran pasport sedia ada (tempoh sah laku lima tahun) yang digunapakai ketika ini adalah sebanyak RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk warga emas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah