29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Maklum’ – ICU JPM tak jawab sebab sekat akses MP pro-Rafizi

    Shopee Sale

    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pihaknya mengambil maklum aduan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang baru-baru ini disekat daripada mengakses portal MyKhas.

    Bagaimanapun, agensi yang mengendalikan portal MyKhas itu tidak menjelaskan sebab di sebalik tindakan terhadap wakil rakyat PKR pro-Rafizi Ramli, bekas timbalan presiden parti itu.

    "Sehubungan itu, ICU JPM ingin menegaskan bahawa segala bentuk peruntukan kepada rakyat akan tetap disalur dan dikendalikan secara langsung demi memastikan keperluan dan kebajikan mereka dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

    "ICU JPM juga akan menjalankan perananan sebagai agensi penyelaras dengan penuh tertib bagi memastikan pelaksanaan program dan inisiatif kerajaan berjalan lancar, tersusun serta memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung mendakwa dia menjadi wakil rakyat PKR kedua yang kehilangan akses kepada portal dalam talian MyKhas, yang antara lain digunakan untuk menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.

    Lee berkata pejabatnya tidak dapat mengakses portal tersebut sejak 29 Mei lalu, sambil menambah dia memutuskan untuk mengumumkan perkara itu kepada umum hari ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    MENARIK:  Anwar ‘tutup mata’, hanya dakwa dua Adun, kata bekas bos SPRM

    Sebelum ini, Wong Chen pada 22 Mei mendakwa akses pejabatnya ke portal tersebut disekat tanpa sebarang notis atau penjelasan.

    Wong berkata gangguan itu mula dikesan dua hari sebelum itu, sekitar jam 12 tengah hari, apabila kakitangannya cuba mengemukakan permohonan di bawah program Projek Mesra Rakyat untuk sekolah-sekolah dalam kawasannya.

    Dia juga digugurkan daripada jawatan pengerusi Malaysia Debt Ventures, yang didakwa berlaku tanpa notis awal.

    Wong dan Lee merupakan antara enam wakil rakyat PKR yang menghadiri majlis pelancaran Parti Bersama Malaysia pimpinan Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei lalu.

    Terdahulu hari ini, Timbalan Setiausaha Agung PKR Bryan Ng mempertahankan tindakan menyekat akses MyKhas Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.

    Menurutnya, kedua-dua mereka kehilangan akses kepada sistem pengurusan dana parlimen itu akibat pilihan politik sendiri selepas dikaitkan dengan kem Rafizi Ramli.

    Ng berkata kerajaan berhak menyalurkan dana awam melalui saluran lain bagi mengelakkan ia digunakan untuk mengukuhkan gerak kerja parti lawan.

    Katanya, kebajikan penduduk Subang dan Petaling Jaya tetap terjamin di bawah pemantauan kerajaan dan penyelaras yang dilantik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah