27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israk Mikraj: Umat Islam diseru kerja lebih kuat – Anwar

    Shopee Sale

    Umat Islam di negara ini diseru membugarkan pengalaman unik yang dialami Nabi Muhamad SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj dengan memupuk semangat bekerja lebih kuat dan berdisiplin bagi mencapai "itqan fil amal" serta teguh terhadap pengabdian penuh kepada Allah SWT.  

     Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan spiritual itu hadir bersama amanah solat, meninggalkan kesan yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.

    “Simbol kepimpinan Baginda Rasulullah SAW mengetuai solat dalam kalangan para Rasul yang lain jua menggambarkan kepentingan umat Islam yang dipayungi oleh Rasulullah SAW,” kata beliau dalam hantaran menerusi media sosial bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj hari ini.

    MENARIK:  Staf Kementerian Pertanian diarah tanam sayur di rumah

    Anwar berkata pengajaran daripada peristiwa besar ini juga penting dalam konteks sejarah umat Islam khususnya perananan dua kota suci Makkah dan Baitulmuqaddis.

    Sehubungan dengan itu, beliau berkata ingatan dan doa kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan terus mengalami penjajahan harus menjadi sebahagian daripada sikap konsisten rakyat dalam memperjuangkan maruah dan keadilan untuk rakyat Palestin.

    Israk Mikraj yang disambut umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab dalam setiap tahun kalendar Hijrah, memperingati peristiwa penting apabila solat waktu difardukan dan Nabi Muhammad SAW menyaksikan sendiri kebesaran Allah. 

    Bernama

     

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah