27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tips Bagi Anak Pandai Main Bola, Mungkin Boleh Jadi Macam Messi

    Shopee Sale

    Lionel Messi diiktiraf sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat dalam generasi ini malah ramai yang menganggapnya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

    Artikel Berkaitan: 10 Stadium Bola Sepak Ikonik Di Dunia Yang Wajib Dikunjungi Sekali Seumur Hidup

    Lionel Messi

    Melihat kepada pencapaian luar biasanya, tidak hairanlah ramai kanak-kanak menyimpan impian untuk bermain bola sepak sehebat Messi.

    Untuk pengetahuan, Messi telah memenangi gelaran Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak lima kali (setakat usia 29 tahun).

    Ini membuktikan untuk menjadi yang terbaik, anak-anak perlu dididik dengan disiplin yang tinggi untuk mengekalkan prestasi dalam tempoh yang lama.

    Tidak hanya itu, Messi juga pernah dinobatkan sebagai Atlet Antarabangsa Terbaik di Anugerah ESPY 2015. 

    Tak mudah untuk mencapai pada tahap Messi, tetapi sekiranya mengimpikan anak-anak mengikut jejak pemain bola sepak antarabangsa itu bolehlah ikuti tips yang dikongsikan di bawah ini.

    1. Pastikan bola sentiasa rapat di kaki

    Pemain hebat sentiasa memastikan bola tidak lebih daripada satu meter dari kaki.

    Galakkan anak melakukan latihan ‘snaking’ (berliku-liku) di antara kon yang disusun rapat.

    Mulakan dengan perlahan untuk kawalan penuh, sentuh bola setiap dua atau tiga langkah dan tingkatkan kelajuan apabila kawalan semakin mantap.

    2. Kekalkan kesedaran semasa menggelecek

    Anak-anak perlu dilatih untuk tidak hanya memandang bola, tetapi peka dengan keadaan sekeliling.

    Latih anak mengawal bola atau menendang ke dinding tanpa melihat bola untuk mengasah deria sentuhan kaki.

    MENARIK:  Penampilan Agong Mengejutkan di Buletin Utama dengan Menggunakan Telefon Lipat Super Nipis

    3. Ubah kelajuan

    Antara kekuatan Messi adalah kepantasan. Dia sering mendekati lawan dengan joging perlahan sebelum memecut laju secara mengejut ke arah bertentangan. 

    Latih anak untuk mempelbagaikan rentak larian seperti pecut di satu tanda, kemudian perlahankan kawalan di tanda seterusnya secara berselang-seli.

    4. Kekalkan pusat graviti yang rendah

    Messi mempunyai sedikit kelebihan dalam bidang ini kerana ketinggiannya hanya 170 sentimeter.

    Walaupun dia jauh lebih kecil daripada kebanyakan pemain pertahanan, dia tidak pernah ditolak atau terhentak dari bola kerana dia memastikan pusat graviti badannya serendah mungkin.

    5. Bermain dan berlatih secara berterusan

    Tiada jalan pintas selain sentiasa bersama bola. Galakkan anak membawa bola ke mana-mana sahaja untuk membina keserasian.

    Messi sendiri bermain setiap masa sejak kecil kerana minat yang mendalam.

    6. Berlatih daripada jurulatih berkualiti

    Untuk menjadi yang terbaik, anak perlu belajar daripada pakar.

    Tip ringkas daripada jurulatih berpengalaman atau pemain profesional boleh membawa perubahan besar dalam teknik permainan.

    Sekiranya, anak-anak mengidolakan Messi sebagai pemain bola sepak terbaik dunia, bolehlah mengajar mereka bahawa kehebatan di padang bukan datang dalam sekelip mata, tetapi melalui dedikasi dan impian yang besar.

    Sumber: Australian Sports Camp

    The post Tips Bagi Anak Pandai Main Bola, Mungkin Boleh Jadi Macam Messi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah