29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem ‘Khadam’ Bakal Setaraf Karya Antarabangsa

    Shopee Sale

    Keunikan mistik dan kepercayaan masyarakat Melayu bakal diangkat ke layar perak menerusi filem terbaharu berjudul Khadam.

    Artikel Berkaitan: Pengarah Khadam Dedah Aghniny Haque Datang Malaysia Seorang Diri Tanpa PA & Pengurus – ‘Zero Diva’

    Artikel Berkaitan: Remy Ishak Sifatkan Watak Awang Dalam Filem ‘Khadam’ Paling Mencabar Pernah Digalas

    Khadam

    Pengarahnya, Shamyl Othman berkata dia ingin menampilkan unsur seram yang berakar umbi dalam kehidupan orang Melayu.

    Dalam budaya Melayu, terdapat dua jenis pewarisan, satu berbentuk zahir iaitu pusaka dan satu lagi berbentuk ghaib iaitu saka, satu entiti yang diwarisi turun-temurun dan dipercayai berperanan melindungi serta membantu tuan empunyanya.

    Namun saka yang diwarisi tidak boleh ditolak. Kita sama ada menerimanya dan menjadi tuannya,
    atau berdepan dengan risiko keluarga diporak-perandakan olehnya.

    Sementara itu, penerbit filem itu, Datuk Ahmad Izham Omar berkata Khadam dihasilkan untuk mencapai kualiti antarabangsa sambil mengekalkan identiti budaya Malaysia.

    Kualiti sentiasa menjadi keutamaan kami dalam setiap aspek pembikinan Khadam.

    Daripada pembangunan skrip, pengarahan, rekaan produksi, muzik, pasca produksi hinggalah pemilihan pelakon, setiap keputusan dibuat dengan teliti bagi memastikan hasil akhirnya memenuhi standard yang kami tetapkan sejak hari pertama.

    Kami mahu menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton serta membuktikan bahawa cerita tempatan juga mempunyai keupayaan untuk dipersembahkan pada tahap yang tinggi.

    Diterbitkan oleh Red Communications dan Komet Productions, Khadam turut menghimpunkan rakan strategik dari seluruh rantau termasuk Magma Entertainment dan VMS Studios (Indonesia), Sil Metropole Organisation Ltd. (Hong Kong), Applause Entertainment (India), serta Primeworks Studios dan Golden Screen Cinemas (Malaysia), dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

    MENARIK:  [VIDEO] Linda Hashim Mengaku Sudah Empat Bulan Tak Sebumbung, Beego Boleh Jumpa Anak-Anak – ‘Saya Tak Pernah Halang’

    Berlatar tahun 1950-an, Khadam mengikuti perjalanan Melor yang dimainkan oleh pelakon Indonesia, Aghniny Haque, seorang ibu yang berusaha melindungi keluarganya daripada saka yang telah lama diwarisi turun-temurun.

    Namun semakin kuat usahanya mempertahankan keluarga, semakin besar harga yang perlu dibayar.

    Sedikit demi sedikit, Melor bukan sahaja kehilangan kawalan terhadap kehidupannya, malah berdepan kemungkinan kehilangan segala yang paling disayanginya.

    Selain daripada Aghniny, Khadam turut dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaff dan Karl El.

    Filem Khadam akan mula ditayangkan di lebih 120 pawagam seluruh negara hari ini menerusi pengedaran oleh GSC Movies dengan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran bersama.

    Selepas tayangan di Malaysia, filem ini turut dijangka menemui penonton di pasaran serantau termasuk Singapura dan Indonesia.

    The post Filem ‘Khadam’ Bakal Setaraf Karya Antarabangsa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah