27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Seronok Dapat Bekerja Dengan Orang Malaysia, Mereka Mesra & Peramah’ – Aghniny Haque

    Shopee Sale

    Pelakon Indonesia, Aghniny Haque menzahirkan rasa syukur apabila kerjasamanya dengan barisan pelakon filem Khadam memberi pengalaman bermakna yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

    Artikel Berkaitan: Pengarah Khadam Dedah Aghniny Haque Datang Malaysia Seorang Diri Tanpa PA & Pengurus – ‘Zero Diva’

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam

    Pengalaman bermakna

    Ketika ditemui , Aghniny berkata dia menyifatkan pengalaman pertamanya bekerja di luar negara sebagai satu memori yang sangat indah.

    Sepanjang tempoh penggambaran, pelakon filem KKN Desa Penari itu mengakui dia berasa selesa dengan sikap rakyat Malaysia yang disifatkannya sangat berbudi bahasa serta menghargai nilai seni.

    Saya sangat bersyukur. Ini kali pertama saya mempunyai filem antarabangsa dan sangat indah dapat bekerja dengan orang Malaysia.

    Orang Malaysia sangat mesra, sangat menghormati kreativiti, dan sangat peramah. Saya juga suka makanannya, saya suka segalanya!

    Aghniny berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara tayangan filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Netizen Suruh Shuib Bincang Topik Tak Bayar Perkeso Dalam Podcast, Tuan Badan Respons ‘Idea Yang Menarik & Boleh Dipertimbangkan’

    Dalam pada itu, Aghniny turut berkongsi perbezaan ketara antara cara kerja produksi filem di Indonesia dan Malaysia, terutamanya dari segi jumlah tenaga kerja.

    Biasanya di Indonesia, untuk pengetahuan rakan-rakan, penggambaran satu filem boleh melibatkan lebih 200 kru dan hanya dalam 18 hari untuk filem seram.

    Tetapi di sini, saya hanya ada 60 orang kru, dan bagi saya itu membuatkan ikatan (bonding) kami lebih baik.

    Selain daripada Aghniny, filem itu turut dibintangi Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaff dan Karl El.

    Filem Khadam akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

    The post ‘Seronok Dapat Bekerja Dengan Orang Malaysia, Mereka Mesra & Peramah’ – Aghniny Haque first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah