29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran nafi lancar peluru berpandu ke Diego Garcia

    Shopee Sale

    Seorang pegawai kanan Iran menafikan dakwaan bahawa Tehran bertanggungjawab atau menjadi dalang di sebalik serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Diego Garcia di Lautan Hindi pada Ahad.

    Penafian itu menyusul selepas laporan Wall Street Journal pada Jumaat yang mendakwa dua peluru berpandu balistik jarak sederhana telah dilancarkan ke arah pangkalan tersebut, namun kedua-duanya dilaporkan tidak mengenai sasaran.

    "Iran tidak bertanggungjawab dan bukan dalang di sebalik serangan itu," lapor agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan pegawai itu kepada Al Jazeera.

    Setakat ini, Pentagon dilaporkan masih belum memberikan maklum balas rasmi berhubung insiden berkenaan.

    MENARIK:  Empat ditahan bantu siasatan video tular lelaki dipukul

    Insiden tersebut menarik perhatian pemerhatian antarabangsa memandangkan kedudukan Diego Garcia terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Iran.

    Jarak tersebut adalah dua kali ganda berbanding had keupayaan peluru berpandu Iran yang pernah dinyatakan oleh Menteri Luar Abbas Araghchi sebelum ini, iaitu sejauh 2,000 kilometer.

    Diego Garcia merupakan pulau terbesar di Kepulauan Chagos yang menempatkan pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sejak 1970-an. Ia berfungsi sebagai pangkalan strategik utama bagi pesawat pengebom jarak jauh dalam operasi ketenteraan di rantau tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah