Pegawai Bomba Kanan I, Muhammad Izham Aminuddin yang bertanggungjawab melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin mendedahkan pasukannya berdepan cabaran luar biasa sepanjang misi pencarian apabila seolah-olah sedang ‘main aci’ dengan mangsa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hampir Minum Air Kenc*ng Sendiri Tapi Tak Jadi Sebab Busuk, Bau Hempedu’ – Jaslinda
Artikel Berkaitan: Anak Jaslinda Minta Berhenti Sebar Cerita Tak Sahih Tentang Punca Kehilangan – ‘Segala Persoalan Akan Terjawab Bila Tiba Waktunya’
‘Main aci dengan Jaslinda’

Menurut Izham, keadaan itu berlaku kerana Jaslinda dipercayai sentiasa bergerak ke lokasi lain setiap kali pasukan penyelamat selesai melakukan pencarian di sesuatu kawasan.
Dalam bahasa kami, sebenarnya kami sedang ‘main aci’ dengan dia. Kami sampai di satu kawasan, buat pencarian dan tanda lokasi itu sudah diperiksa.
Esoknya dia pula sampai ke kawasan itu, sedangkan kami sudah bergerak ke sektor lain. Sebab itu pencarian menjadi sukar.
Izham berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu podcast Borak Balai kendalian Abang Crime yang disiarkan di YouTube.
Mengulas lanjut, Izham berkata pasukan SAR tidak boleh mengulangi pencarian di lokasi yang sama kerana setiap sektor telah dirancang mengikut jadual bagi memastikan operasi dapat diselesaikan secepat mungkin.
Jaslinda tidak sepatutnya meneruskan pendakian secara bersendirian di Gunung Batu Putih walaupun dia mengatakan memperoleh kebenaran daripada malim gunung.
Kata Izham lagi, aktiviti pendakian solo mempunyai risiko yang tinggi kerana sekiranya berlaku kecemasan, tiada individu lain yang boleh memberikan bantuan segera.
Sepanjang operasi itu, pasukan penyelamat turut menemui beberapa petunjuk yang dipercayai berkaitan mangsa, termasuk sehelai baju hujan koyak selain beberapa kesan lain yang menunjukkan laluan pernah dilalui.
Terdahulu, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat pada 6 Jun lalu selepas hampir 15 hari dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah.
Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Tapah sebelum dibenarkan pulang pada 9 Jun selepas keadaannya disahkan stabil.
Selepas insiden tersebut, Jaslinda turut tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kejadian yang berlaku.
Sumber: YouTube
The post ‘Kami Sedang ‘Main Aci’ Dengan Jaslinda…Hari Ini Cari Di Sini, Esok Dia Dah Ke Tempat Lain’ – Bomba first appeared on OHBULAN!.





