Seorang wanita berusia 29 tahun maut selepas dipercayai dicekik suaminya dalam satu kejadian keganasan rumah tangga di Kampung Hanasi, daerah Navalgund, Karnataka, India.
Artikel Berkaitan: Mayat Budak Tiga Tahun Disorok Dalam Guni, Disyaki Dirog*l & Dibun*h
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebulan Kenal, Saya Jadi Buta’ – Wanita Dakwa 3 Tahun Diseksa Kekasih, Kaki Dipat*hkan, Bibir & Lidah Digunt*ng
Kerap didera mental & fizikal

Memetik laporan Times of India, mangsa yang dikenali sebagai Priyanka Kamalakar, dipercayai telah melalui konflik rumah tangga yang berpanjangan termasuk dakwaan tekanan emosi, penghinaan gemuk serta tuntutan tambahan mas kahwin.
Menurut pihak polis, suami mangsa, iaitu Basavaraj Waddar, bersama tiga individu lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan dan penderaan.
Difahamkan, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2024 dan pada awalnya tidak menunjukkan sebarang masalah, namun hubungan mereka mula retak akibat pertengkaran berterusan.
Selain itu, ahli keluarga mendakwa Priyanka kerap menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental, termasuk tekanan berkaitan tuntutan wang serta barangan kemas daripada keluarga suaminya.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa suspek dipercayai sering memperlekehkan isterinya dengan membuat penghinaan terhadap penampilan fizikal mangsa, termasuk mengejek berat badan mangsa sebagai berlebihan serta mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan maruah.
Tambahnya lagi, suspek turut mempertikaikan kemampuan mangsa untuk mendapatkan zuriat.
Dalam kejadian itu, pertengkaran dilaporkan tercetus di kediaman pasangan berkenaan sebelum mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dicekik.
Sementara itu, pihak polis mendedahkan terdapat usaha untuk menyembunyikan kejadian tersebut sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan selepas mendapati wujudnya unsur jenayah dalam kes kematian itu.
Susulan itu, kes ini disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan kes bunuh serta kesalahan melibatkan keganasan dalam rumah tangga, manakala semua suspek yang terlibat ditahan bagi menjalnai siasatan lanjut.
Sumber: Times Of India
The post Isteri Dicek*k Suami Hingga Ma*t Kerana ‘Terlalu Gemuk’ first appeared on OHBULAN!.





