31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Realiti Pembelian Rumah Pertama, Ini 3 Insentif Yang Ramai Tak Tahu

    Shopee Sale

    Memiliki kediaman sendiri kekal menjadi impian utama rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda.

    Bagaimanapun, cabaran sebenar bukanlah tentang mengumpul wang pendahuluan atau mendapatkan kelulusan pinjaman bank, sebaliknya sebaik sahaja kunci bertukar tangan, pembeli bakal berdepan dengan pelbagai kos tersembunyi yang ramai terlepas pandang.

    Menyedari hakikat ini, pemaju hartanah terkemuka, Mah Sing, melancarkan Kempen 1-2-3 untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan memberikan ketenangan minda kepada pembeli rumah baharu melalui 3 insentif menarik.

    Kos sebenar pemilikan: Bukan ansuran bulanan semata-mata

    Ramai pembeli rumah pertama menyangka komitmen mereka hanyalah bayaran bulanan kepada bank. Hakikatnya, fasa awal untuk pindah masuk menuntut aliran tunai yang besar untuk kos seperti:

    • Yuran guaman dan duti setem (jika tidak ditanggung pemaju)
    • kos ubah suai rumah
    • Kos ejen dan lori pemindahan
    • Pembelian perabot asas dan kelengkapan elektrik
    • Deposit utiliti (air, elektrik, dan internet)

    Bagi mengurangkan tekanan kewangan pada tahun-tahun awal ini, Mah Sing menawarkan insentif bantuan pemilikan rumah 1 tahun menerusi Kempen 1-2-3, yang direka khas untuk memberi ruang pernafasan kepada aliran tunai korang.

    Yuran penyelenggaraan: Komitmen jangka panjang yang ramai ambil mudah

    Bagi yang memilih kediaman bertingkat seperti apartmen atau kondominium, yuran penyelenggaraan bulanan (maintenance fee) adalah komitmen wajib. Walaupun nilainya nampak kecil, ia adalah perbelanjaan tetap jangka panjang yang boleh menjejaskan bajet jika tidak dirancang dengan betul.

    MENARIK:  Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’

    Mahu membantu pembeli menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, Mah Sing turut menyediakan bantuan caj penyelenggaraan rumah sehingga dua tahun bagi projek-projek terpilih. Insentif ini secara langsung mengurangkan kos sara hidup korang pada peringkat awal pengurusan rumah.

    Formula untuk kempen Mah Sing 1-2-3 ni mudah. 1 pembelian, dapat 3 manfaat utama

    Selain bantuan pemilikan rumah 1 tahun, bantuan caj penyelenggaraan rumah sehingga 2 tahun, korang juga berpeluang dapat syiling emas eksklusif seberat 3 gram.

    Insentif Manfaat kepada pembeli
    1: Bantuan Pemilikan Rumah 1 Tahun Bantuan kewangan untuk fasa awal pemilikan rumah.
    2: Bantuan Caj Penyelenggaraan Rumah Sehingga 2 Tahun Subsidi yuran penyelenggaraan bagi mengurangkan kos bulanan.
    3: Syiling Emas Eksklusif Seberat 3 Gram Syiling emas seberat 3 gram (untuk unit terpilih).

    Pendekatan ini mencerminkan komitmen Mah Sing dalam mencipta nilai jangka panjang dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pemilikan hartanah yang lebih mudah dan kurang membebankan.

    Kempen Mah Sing 1-2-3 berlangsung dari 18 Mei 2026 hingga 31 Oktober 2026 dan melibatkan 12 projek kediaman terpilih di Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang.

    Untuk maklumat lanjut, mengenai projek yang terlibat korang boleh klik SINI

    The post Realiti Pembelian Rumah Pertama, Ini 3 Insentif Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah