33.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM sergah amalan surat sokongan, kronisme bagi lulus pembiayaan usahawan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan menggunakan surat sokongan, hubungan politik dan kronisme dalam meluluskan pembiayaan usahawan mesti dihentikan, kerana perbuatan itu merugikan agensi kerajaan serta menyebabkan banyak perniagaan gagal.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan kerajaan hanya perlu diberikan kepada usahawan yang benar-benar mempunyai komitmen dan keupayaan.

    “Kita bicara semua nak popular. Tetapi tidak berani menegur ketempangan yang ada, bukan sedikit.

    “Saya tahu ramai tidak senang dengan sergahan saya begini, tetapi ini kenyataannya,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Ushawan Nasional Bhd (PUNB), di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Lebih RM1b lagi aset 1MDB sudah dipulangkan

    Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat menghalang kegagalan perniagaan yang berlaku akibat faktor pasaran, namun tidak akan bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dana awam.

    Beliau berkata terdapat kes penerima bantuan yang hanya menggunakan dana bagi meningkatkan gaya hidup, termasuk berpindah ke pejabat lebih mewah serta membeli kenderaan, sebelum perniagaan akhirnya gagal.

    “Dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan setiap manusia. Tetapi ia tidak akan pernah cukup untuk memenuhi ketamakan manusia,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah