29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Empat ditahan bantu siasatan video tular lelaki dipukul

    Shopee Sale

    Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki dipukul di kawasan Semenyih, Kajang, bulan lepas.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata video kejadian itu didapati tular menerusi media sosial semalam dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5.45 petang, 29 Dis lepas.

    “Dua suspek telah ditahan pada 8 dan 12 Jan manakala dua lagi suspek ditahan hari ini. Hasil semakan terhadap semua suspek berumur 32 hingga 36 tahun itu mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan, semalam.

    MENARIK:  Tujuh mengaku salah tawar pinjaman wang tanpa lesen

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan," katanya.

    Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah