33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran: Hak di bawah undang-undang antarabangsa tak boleh dirampas melalui perang

    Shopee Sale

    Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menegaskan bahawa hak yang diberikan kepada negara di bawah undang-undang antarabangsa “tidak boleh dirampas melalui peperanangan dan ancaman,” lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Presiden Iran itu berkata dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron, bahawa negaranya bersedia untuk berdialog dan bekerjasama bagi membina keyakinan terhadap aktiviti nuklearnya yang aman, namun menegaskan bahawa Iran tidak akan sesekali menerima tuntutan untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya, menurut Press TV yang dikendalikan kerajaan.

    “Pada masa sama, tindak balas kami terhadap pencerobohan rejim Zionis akan menjadi lebih kuat dan tegas,” katanya. “Iran bersedia untuk rundingan bagi menyelesaikan isu, namun sebarang perbincangan atau prasyarat hanya akan diterima sekiranya ia sejajar dengan hak dan norma yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.”

    MENARIK:  Fuziah pesan ahli PKR: Terus perjuang reformasi, bukan kejar jawatan

    Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa tapak di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

    Sementara itu, di Iran, serangan Israel telah mengorbankan 430 orang dan mencederakan lebih 3,500 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Iran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah