33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indonesia rampas kapal bawa 2.6 tan cecair disyaki methamphetamine

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa Indonesia merampas kira-kira 2.6 tan cecair yang disyaki methamphetamine selepas memintas sebuah kapal berdaftar di Tanzania di perairan wilayah Riau dan menahan 10 kru warga Myanmar.

    Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia memaklumkan bahan yang disyaki itu disimpan di dalam lapan tong dram berkapasiti 200 liter dan sebuah tangki air berkapasiti 1,000 liter di atas MV Ocean Porter, yang dipintas pasukan penguat kuasa gabungan kira-kira 6 petang waktu tempatan pada 17 Ogos lepas di perairan Tanjung Parit, Bengkalis.

    “Pemeriksaan lanjut terhadap bahan itu sedang dijalankan,” menurut agensi berkenaan menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

    Operasi membabitkan BNN, Direktorat Am Kastam dan Eksais serta Polis Wilayah Kepulauan Riau itu dilancarkan hasil maklumat risikan bahawa dadah akan dibawa dari Sarawak, Malaysia, ke perairan Indonesia.

    MENARIK:  ULASAN | Kita ditelanjang di hadapan dunia

    “Kapal itu berdaftar di Tanzania dan kesemua 10 kru di atasnya adalah warga Myanmar. Mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut,” menurut BNN.

    Kapal itu kemudian ditunda ke pangkalan Kastam dan Eksais di Karimun, sebelum pemeriksaan menggunakan anjing penghidu serta peralatan pengesan dadah menemukan cecair yang disyaki methamphetamine itu.

    BNN memaklumkan siasatan turut mendapati identiti kapal berkenaan dipercayai telah ditukar daripada MV Rain Maker kepada MV Ocean Porter sebagai sebahagian daripada modus operanandi rangkaian penyeludupan dadah itu.

    Agensi itu memaklumkan kira-kira 1.57 juta batang rokok haram dari China yang tidak mempunyai setem eksais Indonesia turut ditemukan di dalam sebuah kontena sepanjang 40 kaki.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah