31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas kereta dihempap lori tangki: Pemandu mengaku tidak bersalah

    Shopee Sale

    Seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Temerloh hari ini atas dua pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua beranak di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, di Temerloh, Jumaat lepas.

    Pengakuan Nor Azlan Mahayudin, 37, direkodkan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

    Nor Azlan didakwa memandu lori tangki secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, di lokasi itu kira-kira 4 petang 14 Ogos.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  'Beli 30 pesawat Boeing kerana PM mahu cakap dengan Trump?'

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amal Razim Alias manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mazieera Sharifudin.

    Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Okt.

    Pada Jumaat lepas, Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal maut selepas kereta mereka dihempap lori tangki dengan muatan 32,000 liter bahan api.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah