33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar sokong China guna ketenteraan isu Taiwan, Taipei melenting

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berada di tengah-tengah pertikaian geopolitik yang berterusan antara China dan Taiwan.

    Dalam satu wawancara bersama Al-Jazeera, dia menyuarakan sokongan terhadap dasar Satu China, serta hak China untuk menggunakan ketenteraan demi menyatukan semula negara itu — sekali gus mencetuskan penentangan daripada Taiwan.

    Semasa ditanya mengenai pandangannya tentang keengganan rakyat Taiwan menerima pemerintahah China, dia berkata sebab-sebab sejarah perlu diambil kira, dan Taiwan sememangnya sebahagian daripada China, maka keputusan itu harus diserahkan kepada rakyat China.

    “Saya melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China. Kita mungkin tidak bersetuju dengan... ada beberapa keterlanjuran. Ya, nyatakan pandangan anda.

    “Namun ia mestilah dalam konteks itu. Ini adalah Satu China. Ia diterima oleh semua,” katanya dalam wawancara yang disiarkan pada Isnin.

    Disoal oleh pengacara sama ada dia tidak bersimpati dengan rakyat Taiwan yang menolak pemerintahan kuku besi, Anwar berkata, dia mempunyai simpati terhadap banyak isu, tetapi isu berkenaan membabitkan tindakan merestui pemisahan sebuah negara merdeka yang sah.

    Gunakan ketenteraan

    Pengacara itu kemudian menyoal jika dia akan mengecam kenyataan China bahawa ia berhak menggunakan ketenteraan sekiranya penyatuan semula tidak dapat dicapai secara aman, dan apabila hari itu tiba.

    Dia membalas dengan mengambil Malaysia sebagai contoh, sambil berkata jika sebuah negeri memutuskan untuk berpisah, dia juga akan cuba menghentikannya.

    "Jika sebuah wilayah memutuskan untuk berpisah, adakah kita guna ketenteraan? Saya fikir saya akan mempertahankan kesucian dan perpaduan negara," katanya.

    Sambil desak oleh pengacara sama ada ini bermakna dia akan menggunakan ketenteraan jika berlaku pemisahan, dia menjawab: "Ya. Jika tidak, (negara) akan terpecah-pecah."

    Bagaimanapun, dia membalas dengan bertanya mengapa orang ramai sentiasa bercakap dan memberi tumpuan kepada situasi di China, tetapi jarang membincangkan isu dalaman pelbagai negara Eropah, Amerika Syarikat, atau Afrika.

    Sebagai maklum balas kepada kenyataan perdana menteri itu, Kementerian Luar Taiwan mengeluarkan kenyataan semalam yang mengecam keras dan menolak kenyataan Anwar kerana mengancam kedaulatan Taiwan.

    MENARIK:  Lelaki rugi lebih RM30,000 terpedaya tawaran kerja di IG

    Negara berdaulat

    Taipei menuduh Anwar mengeluarkan kenyataan "palsu" dengan "secara tidak munasabah membayangkan bahawa negara kita ialah sebuah wilayah pemisah China dan secara terbuka merasionalkan pendirian China untuk menyatukan Taiwan secara ketenteraan".

    Ia menegaskan semula bahawa Taiwan ialah sebuah negara berdaulat dan merdeka, serta tidak berada di bawah naungan China, selain menuduh Anwar menggugat keamanan di rantau ini.

    Malah, ia turut menyatakan bahawa tindakan itu menjejaskan keyakinan perniagaan Taiwan yang melabur di Malaysia.

    Kementerian Luar Taiwan berkata Anwar sebagai individu yang mendakwa dirinya pejuang hak asasi manusia sepatutnya "menghargai prinsip universal seperti demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang, serta menghormati dan memelihara hasrat rakyat".

    Selain mengulas mengenai kedaulatan Taiwan, Anwar semasa wawancaranya dengan Al-Jazeera itu turut mengkritik apa yang dipanggil "teori ancaman China", dengan berkata ia berpunca daripada ketakutan Barat terhadap pengaruh China ke atas Laut China Selatan.

    Nafi berlembut

    "Saya katakan berdasarkan pengalaman saya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asean, penglibatan berterusan. Malah, kita telah menggesa penyertaan kod tatasusila yang pada awalnya tidak dipersetujui tetapi kini telah dipertimbangkan oleh pihak China," kata perdana menteri.

    Bagi mengulas tindakan Menteri Luar Malaysia yang menyifatkan China memberi ancaman serius kepada kedaulatan Malaysia selepas pesawat peranang dan kapal China memasuki wilayah Malaysia, Anwar menjelaskan bahawa China akan menghentikan tindakannya apabila Malaysia membangkitkan bantahan atau protes.

    Sementara itu, Anwar turut menafikan dia berlembut terhadap Beijing kerana Malaysia dan China ialah rakan dagang yang penting, sebaliknya dia mengekalkan sikap sederhana yang sama terhadap semua negara jiran.

    "Saya berlembut dengan semua jiran saya, dengan China, dengan AS," katanya sambil menambah apabila timbul isu, pandangan akan disuarakan sama ada secara terbuka atau tertutup.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah