33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes anjing mati: Polis terima arahan pertuduhan

    Shopee Sale

    Polis telah menerima arahan pertuduhan berhubung kes kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Julai lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata arahan diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pendakwaan dijadualkan di Mahkamah Majistret Klang esok.

    “Pertuduhan dijangka bukan sahaja membabitkan polis, malah agensi penguat kuasa lain,” katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  Kabinet rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen

    Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mengadakan sebarang perhimpunan dan mematuhi arahan polis di mahkamah serta menghormati proses perundangan yang dilakukan.

    “Siasatan polis membawa kepada arahan pertuduhan. Kita tidak berpihak kepada mana-mana pihak, kita menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

    “Justeru, kepada masyarakat, beri kepercayaan dan ruang kepada perundangan untuk melaksanakan bahagiannya,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah