33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Durian percuma, cabutan bertuah popular masa kempen PRN NS, Johor

    Shopee Sale

    Pesta makan durian percuma dan cabutan bertuah antara aktiviti yang sering diadakan sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

    Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata aktiviti sedemikian boleh menjadi kesalahan pilihan raya di bawah Seksyen 8 berkaitan penjamuan dan Seksyen 10 berkaitan penyogokan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    Menurutnya, pemantauan Bersih secara umum mengenal pasti penggunaan program kerajaan dan kementerian serta perkhidmatan agensi kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya.

    “Lebih membimbangkan, Bersih turut mendapati dalam beberapa program yang dipantau, calon bertanding di kawasan berkenaan hadir dalam program, logo parti yang bertanding digunakan, malah terdapat seruan kepada hadirin untuk mengundi calon tertentu.

    “Program-program berkenaan dianjurkan oleh badan dan agensi kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

    Antara program lain yang disenaraikan Bersih ialah pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan mencuci gigi secara percuma, pemberian dana dan bantuan, pengumuman peruntukan pembangunan baru serta pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat, termasuk bantuan makanan asas.

    Muhammad Faisal berkata pemantauan pihaknya mendapati beberapa kementerian aktif menganjurkan program menggunakan jentera dan sumber kerajaan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau pengisytiharan kekosongan kerusi.

    Dia menamakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diterajui Nga Kor Ming serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi sebagai antara kementerian yang aktif menganjurkan program dan mengumumkan peruntukan sepanjang tempoh pilihan raya.

    “Program kebajikan dan bantuan rakyat seperti Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani turut dijadikan ruang untuk aktiviti kempen.

    MENARIK:  Isu logo kasut: Jangan ambil kesempatan buat provokasi, kata SKMM

    “Bersih mendapati terdapat program berkenaan turut dihadiri calon atau ahli politik daripada parti kerajaan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai program yang menggunakan sumber dan kemudahan kerajaan dimanfaatkan untuk memberikan kelebihan politik kepada pihak tertentu,” katanya lagi.

    Dalam perkembangan berkaitan, Bersih turut menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi kandungan media sosial, selain penggunaan sentimen perkauman dan agama secara berlebihan dalam kempen pilihan raya.

    Muhammad Faisal berkata sentimen berbaur perkauman terus muncul di media sosial sepanjang tempoh pilihan raya.

    “Bahkan sentimen perkauman ini berkembang menjadi sentimen xenofobia terutama terhadap kelompok warganegara minoriti, komuniti migran dan pelarian.

    “Perkembangan teknologi AI menambahkan cabaran baru apabila kandungan seperti imej, video, audio dan teks boleh dihasilkan atau dimanipulasi dengan semakin mudah, pantas dan meyakinkan,” ujarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah