Pelakon Ammar Alfian memaklumkan dirinya kini telah mula menceburi kerjaya sebagai ejen hartanah, sekali gus mencuba sesuatu yang baharu di luar bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Bakal Bersara, Mahu Ubah Karier – ‘Saya Pun Dah Nak Dekat 40’
Artikel Berkaitan: Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah – ‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’
Ejen hartanah

Ammar atau nama lengkapnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Threads.
Menurut Ammar, dia yang bermula dari bawah dalam bidang tersebut, mahu terus berkongsi segala pengalaman yang dilaluinya sepanjang perjalanan itu.
Bila seorang pelakon menjadi ejen hartanah, ia dianggap pelik. Tapi sejujurnya, saya rasa bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja adalah sesuatu yang agak gila.
Saya bermula dari bawah, dalam bidang hartanah dan akan berkongsi keseluruhan perjalanan ini, kejayaan, kesilapan, urusan jual beli dan segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan ini.
Mengulas lanjut, Ammar berkata, keputusan tersebut diambil adalah kerana dia tidak mahu bergantung seratus peratus pada pendapatan sebagai aktor.
Saya sudah bertahun dalam dunia hiburan, sudah jadi hero, penjahat, pukul orang, kena pukul dan sebagainya.
Tetapi kehidupan berubah dan saya ambil keputusan untuk tidak bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada pelakon filem Paskal itu.
Dalam masa yang sama, mereka juga kagum dengan sikap Ammar yang berusaha untuk mencari rezeki halal.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Ammar Alfian Kini Bergelar Ejen Hartanah, Tak Bergantung Pada Satu Sumber Pendapatan first appeared on OHBULAN!.





