26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gesaan DAP: Reformasi institusi tak boleh dilengah lagi – penganalisis

    Shopee Sale

    Putrajaya dilihat tidak boleh berlengah dalam melunaskan janji reformasi khususnya melibatkan reformasi institusi utama serta pindaan Perlembagaan Persekutuan.

    Penganalisis politik, Wong Chin Huat berkata, ia akan menjadi janji kosong sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengabaikan perkara itu sehingga parlimen dibubarkan.

    Ini kerana katanya, dua rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan sudah lama tersedia melibatkan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya serta had tempoh perdana menteri.

    "Jadi pembentangan untuk diluluskan adalah perkara yang semula jadi harus dilakukan. Kalau tidak, kedua-dua reformasi institusi besar akan menjadi janji kosong jika parlimen terbubar setelah sesi sidang Parlimen Oktober hingga Disember ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Wong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan pemimpin DAP supaya kerajaan Madani melaksanakan sekurang-kurangnya empat reformasi menjelang akhir tahun ini.

    Terdahulu, Pengerusi DAP Gobind Singh Deo berkata, dia mahu Putrajaya melaksanakan janji memisahkan perananan peguam negara dan pendakwa raya, menetapkan had tempoh jawatan perdana menteri, serta meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) serta Akta Perhimpunan Aman.

    Kenyataan Gobind itu selaras dengan kongres DAP hujung minggu lalu yang menyaksikan perwakilan membuat ketetapan untuk kekal dalam kerajaan tetapi mendesak pelaksanaan reformasi segera.

    Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dilaporkan berkata mereka akan membincangkan garis masa pelaksanaan janji reformasi itu dengan Anwar.

    Pada 2 Mei lalu, RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal ataupun 10 tahun gagal mendapat undian dua pertiga ahli Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua.

    MENARIK:  Motif 'suka-suka' - 8 pelajar ditekap seterika panas masa tidur

    Undian yang dijalankan melalui belah bahagian itu menyaksikan RUU itu hanya mendapat sokongan 146 ahli parlimen.

    Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan 44 ahli parlimen memilih untuk berkecuali manakala 32 ahli parlimen tidak hadir.

    Kerajaan kemudiannya memaklumkan RUU itu akan dibentang semula pada sesi Dewan Rakyat seterusnya Jun lalu, namun tidak melaksanakannya sehingga hari ini.

    Wong mengingatkan bahawa kegagalan itu berpunca daripada kekurangan dua undi apabila lapan orang backbencher kerajaan tidak hadir.

    Dia turut mendakwa Anwar tidak mengarahkan pembentangan RUU pengasingan perananan peguam negara dan pendakwa raya kerana takut ulangi kegagalan mendapatkan sokong dua pertiga dan mengundang persoalan tentang kestabilan kerajaan ketika PRN Negeri Sembilan.

    Wong Chin Huat

    "Sekarang PRN sudah berakhir, kalau ada ahli Parlimen kerajaan yang sengaja menggagalkan dua pindaan Perlembagaan ini, maka biarlah pengundi menghukum parti mereka dalam PRU16.

    "Kalau kerajaan sudah menyatakan sejak Februari hasrat untuk meminda Sosma, maka ia harus lakukannya segera dan tidak berlengah-lengah lagi.

    "Kalau kerajaan gagal melaksanakan reformasi institusi yang dijanjikan dan kerja persediaannya sudah siap, maka keikhlasan dan tekad kerajaan Madani untuk membawa perubahan akan dipersoalkan," kata Wong yang juga seorang profesor di Sunway University.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah