31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #BabyXTRA: ‘Hawra Buat Hidup Saya Ada Tujuan’ – Kamal Adli Mahu Hargai Setiap Momen Sebelum Anak Membesar

    Shopee Sale

    Sejak bergelar bapa, kehidupan pelakon dan pengacara Kamal Adli nyata berubah apabila banyak perkara yang dilakukan kini hanya tertumpu kepada puteri kesayangannya, Hawra Uqaira.

    Bukan sekadar mencipta pengalaman baharu dalam kehidupannya, kehadiran Hawra juga membuatkan Kamal lebih menghargai momen-momen kecil bersama anak, termasuk saat berjalan sambil memimpin tangan si kecil.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: Kamal Adli Belajar Minta Maaf Kepada Diri Sendiri, Akui Mental & Tubuh Dah Penat – ‘Saya Seorang Yang Gagal Sebagai Manusia, Ketua…’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Co-Parenting’ Bersama Kamal Adli Terima Reaksi Positif, Uqasha Senrose Akui Masih Belajar Jadi Ibu – ‘Apa Saja Yang Terbaik Saya Ikut’

    ‘Hawra Buat Hidup Saya Ada Tujuan’

    Menerusi #BabyXTRA adalah sebuah segmen khas yang membawa pembaca mengenali sisi sebenar selebriti ketika melalui kehidupan sebagai ibu dan bapa. Segmen ini turut mengetengahkan pengalaman kehamilan, proses kelahiran, cabaran menjaga anak serta perubahan yang dialami selepas berkeluarga.

    Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, Kamal berkongsi bagaimana kehadiran Hawra memberi warna baharu dalam kehidupannya serta pendekatan yang digunakan dalam membesarkan anak perempuannya itu.

    Mengakui tidak pernah menyangka pengalaman menjadi seorang bapa begitu menyeronokkan, Kamal meluahkan rasa syukur dikurniakan Hawra dalam kehidupannya.

    Saya sangat-sangat bersyukur ada Hawra. Saya tak sangka Hawra bagi saya satu pengalaman yang paling menyeronokkan.

    Dia buat hidup saya macam ada satu tujuan. Macam mana saya nak bekerja, semuanya saya lakukan hanya untuk dia.

    Perkara-perkara kecil yang dilalui bersama anaknya juga kini menjadi antara momen paling berharga buat Kamal.

    Saya happy bila dia happy. Seronok jalan-jalan dengan saya. Bila kami berjalan, dia tak nak dukung. Dia hulur tangan nak saya pimpin. Itu satu perkara yang saya tak dapat beli.

    Menyedari Hawra akan terus membesar dan fasa tersebut tidak mungkin dapat diulang, Kamal mahu menikmati sebanyak mungkin masa bersama anaknya ketika ini.

    Saya tahu dia akan besar nanti, jadi saya nak hargai momen yang saya ada bersama dia sekarang sebab saya hanya ada dia saja buat masa ini.

    Mahu Jadi Bapa Yang Menyeronokkan, Bukan Ditakuti

    Dalam mendidik Hawra pula, Kamal memilih pendekatan yang lebih mesra tanpa mengetepikan soal disiplin.

    MENARIK:  [VIDEO] Ella & Kakak Imbas Kembali Momen Kapten Azhar Hadiahkan Ibu Al-Quran – ‘Dia Bagi Dekat Mak & Terus Cakap Nak Meminang’

    Menurutnya, dia tidak mahu anak perempuannya membesar dengan rasa takut terhadap dirinya.

    Saya portray diri saya sebagai bapa yang menyeronokkan. Tak nak anak saya takut dengan saya. Dalam masa sama, saya ajar dan disiplinkan anak.

    Sebagai bapa kepada anak perempuan, Kamal turut sedar cara menegur dan mendidik memerlukan pendekatan yang lebih lembut.

    Dia anak perempuan, tegur pun kena soft, kena dibelai dan bercakap dalam nada manja.

    Kurangkan Telefon, Pilih Luangkan Masa Bersama

    Bagi mengeratkan hubungan bersama Hawra, Kamal juga cuba mengehadkan penggunaan telefon atau skrin ketika mereka meluangkan masa bersama.

    Sekiranya berada di rumah, kartun hanya menjadi pilihan apabila Hawra mula berasa bosan.

    Saya tahu dan cuba kurangkan bila dengan saya untuk tak bagi phone. Kalau dekat rumah bila dia bosan, sekejap saja saya akan pasang kartun.

    Tapi kebanyakannya saya akan fokus sepenuhnya kepada dia. Bawa dia pergi playground, mall.

    Buat Kamal, masa berkualiti tidak semestinya memerlukan aktiviti luar biasa. Sebaliknya, perhatian penuh yang diberikan kepada anak menjadi antara bentuk bonding yang paling penting.

    ‘Paling Penting, Tahu Hormat Orang’

    Seperti kebanyakan ibu bapa, Kamal turut menyimpan harapan besar untuk melihat Hawra membesar menjadi insan yang baik.

    Namun, selain mendoakan anaknya menjadi seorang yang solehah, Kamal mahu nilai menghormati dan menyayangi orang lain menjadi sebahagian daripada keperibadian Hawra.

    Saya doakan anak saya jadi seorang anak yang baik, solehah dan jadi anak yang friendly, tahu menghormati orang, sayang orang. Paling penting ialah hormat orang, tahu bawa diri macam mana.

    Daripada sekadar mahu menjadi seorang bapa yang menyeronokkan sehinggalah menghargai momen kecil seperti memimpin tangan anak ketika berjalan, jelas kehadiran Hawra membawa sisi berbeza dalam diri Kamal.

    Buat masa ini, apa yang paling penting buat Kamal adalah menikmati setiap fasa tumbesaran puteri kesayangannya kerana dia sedar, momen kecil yang dilalui hari ini suatu hari nanti hanya akan tinggal sebagai kenangan.

    The post #BabyXTRA: ‘Hawra Buat Hidup Saya Ada Tujuan’ – Kamal Adli Mahu Hargai Setiap Momen Sebelum Anak Membesar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah