Mengakui khilaf, pelakon, Shukri Yahaya memohon maaf atas tindakannya menunjukkan jari tengah dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shukri Yahaya Cedera Ketika Babak Letupan, Serpihan Kaca Tembusi Belakang Badan Hingga Koyak – ‘Sebab One-Take Kita Teruskan Juga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hello Malaysia’ – Hantaran Jericho Rosales Bikin Peminat Teruja, Netizen Usik Kembar Shukri Yahaya
Isu tunjuk jari tengah

Shukri atau nama lengkap Mohd Shukri Yahaya, 38, berkata, perbuatan itu adalah tindakan spontan ketika dia bertemu dengan beberapa sahabat lama dan tidak sangka isu tersebut dipandang serius segelintir pihak.
Sebenarnya gambar itu diambil bersama kawan-kawan yang rapat, yang lama tak jumpa dan kami berjumpa dalam satu projek yang sama.
Jadi kami ambillah gambar dengan kawan-kawan. Bila kawan saya tanya, boleh ke post, saya okay saja. Sebab saya tak anggap benda itu serius.
Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala filem Chelot yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall, Putrajaya, pada Selasa.
Susulan itu, Shukri tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati atas perbuatannya itu.
Itu memang kesalahan saya. Saya akui itu kesalahan saya, minta maaf. Media sosial saya ini, saya percaya followers saya adalah orang yang sudah besar dan boleh berfikir mana satu baik dan mana satu buruk.
Maknanya bukan budak-budak, sebab budak-budak tak boleh main media sosial kan? Jadi kenapa benda ini harus dibesarkan seperti kata, ‘oh takut anak-anak terikut’?
Sedangkan kita yang dewasa ini sepatutnya tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan media sosial sebab mereka masih kecil.
Dikaitkan imej isteri

Diminta untuk mengulas mengenai tindakan netizen yang mengaitkan dengan imej Islamik isterinya, Shukri enggan mencampuradukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya.
Saya tak pernah campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerja atau media sosial. Macam saya cakap, itu adalah posting kawan-kawan. Saya salah dan tak ambil serius bila kawan itu mahu post.
Dia kata, ‘Eh bro, aku post eh?’ Saya jawab, ‘Post je lah.’ Jadi saya anggap itu tidak mengapa. Tak ada apa pun yang orang kata boleh merosakkan akhlak orang.
Daripada merisaukan akhlak budak-budak kecil, anak-anak itu, baik risaukan apa yang mereka tonton dan main. Ibu bapa kena kawal penggunaan media sosial.
Untuk mana-mana yang terasa, saya minta maaf. Itu kesalahan saya dan anggap sajalah itu AI. Andy Teh pun dah buat AI jadikan saya buat ‘peace’.
Dalam perkembangan lain, Shukri antara barisan pelakon membintangi filem Chelot yang akan menemui penonton di seluruh pawagam bermula 27 Ogos ini.
Selain Shukri, filem arahan Adrian Teh itu turut dibintangi Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan ramai lagi.
The post Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Tunjuk Jari Tengah – ‘Salah Saya, Anggap Sahaja AI’ first appeared on OHBULAN!.





